Kedai/Studio Gambar telah dibuka pada September 2008 bertempat di No 16, Jalan Ria Mas, Taman Ria Mas, Batu 7, 45500 Tg. Karang, Selangor D.E. dan No telefon dan faks untuk urusan pejabat adalah : 03-32693588. Waktu perniagaan adalah daripada pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Waktu rehat adalah pada Jumaat.
Khidmat mencuci gambar disediakan dengan harga yang berpatutan mengikut kuantitinya iaitu 1-9 keping 4r adalah RM0.60 sekeping, 11-99 keping 4r adalah RM0.50 sekeping, 100-149 keping 4r adalah RM0.45 sekeping dan 150 hingga infiniti adalah RM0.40 sekeping. Kertas filem yang digunakan adalah Fuji Crystal Image.
Kedai ini juga ada menjual album custom, sticky dan juga menerima tempahan untuk Mock Up. Bingkai gambar juga ada dijual. Perkhidmatan cold & hot laminating, texture juga disediakan.
Studio Fotografi juga ada dengan keluasan 20' X 12' dengan backdrop dinding dengan warna asas kanvas Putih, Kelabu, Merah dan Hijau serta kanvas kain sebanyak 5 unit centre spot pelbagai warna. Set lampu terdiri dari 350W, 200W dan 180W yang merangkumi, honeycomb barn door, soft box, reflector dan payung kilat atau putih. Studio ini juga boleh disewa dengan harga yang amat berpatutan
Set studio fotografi mudah alih juga ada yang sesuai untuk dibawa ke rumah pengantin yang terdiri dari lampu studio dan backdrop mengikut kesesuaian rumah pengantin.
Kedai ini juga ada menyediakan WiFi Internet Wayarles yang percuma untuk ahli snapdigital. Makanan dan minuman ringan juga ada dsediakan untuk pelanggan yang menuggu atau melepak di kedai kami.